George Y. Residence jadikan Batu Lintang pusat pembangunan bandar bersepadu

Posted on 26 Feb 2025
Source of News: Utusan Borneo

KUCHING: Batu Lintang terus berkembang sebagai pusat pembangunan bandar bersepadu dengan perasmian George Y. Residence di NAIM Kuching Paragon oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

George Y. Residence merupakan projek pembangunan eksklusif oleh Peranan Makmur Sdn Bhd, usaha sama antara NAIM Land Sdn Bhd, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak.

Dengan ketinggian 13 tingkat, projek ini menawarkan 17 unit penthouse eksklusif serta kedudukan strategik berdekatan dengan infrastruktur masa depan, termasuk stesen SM12 Autonomous Rapid Transit (ART) dan kawasan komersial yang semakin berkembang.

Lebih signifikan, majlis perasmian ini turut menyaksikan upacara pecah tanah Hospital Gleneagles oleh IHH Healthcare Berhad, juga dalam kawasan NAIM Kuching Paragon, yang bakal mengukuhkan Batu Lintang sebagai destinasi utama pelancongan perubatan di Sarawak.

ini selari dengan visi Sarawak dalam meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan serta pembangunan bandar.

Dengan kemudahan moden dan jaringan pengangkutan yang baik, George Y. Residence dijangka memberi nilai tambah kepada landskap Batu Lintang, mengukuhkan lagi NAIM Kuching Paragon sebagai lokasi utama bagi kehidupan bandar dan kecemerlangan perubatan di Sarawak.



Copyright © 2024 Ministry of Natural Resources and Urban Development
Last Updated On 31 Mar 2025

Operating Hours:-

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
image Calendar
image Polls
image Announcement